Skip this ad x
SHAIKH Harun mengumunkan kadar Zakat Fitrah 2016. FOTO Imran Makhzan
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Kadar bayaran fitrah di Terengganu tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 seorang.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kadar nilaian tunai itu dikira berdasarkan kepada harga beras gred super tempatan di pasaran.

"Fitrah juga boleh dibayar dengan beras dan kadar timbangannya ialah 2.6 kilogram atau dengan sukatan 2.97 cupak bersamaan dengan satu gantang Baghdad.

"Zakat fitrah boleh dibayar di mana-mana kaunter bayaran zakat MAIDAM dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja," katanya ketika sidang media pengumuman kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu di Pejabat MAIDAM, di sini, hari ini.

Shaikh Harun berkata, MAIDAM akan membuka kaunter bayaran zakat bermula 24 Jun bersamaan 19 Ramadan hingga 5 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 1:47 PM