YAACOB berucap pada majlis perasmian. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
YAACOB berucap pada majlis perasmian. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
Rizanizam Abdul Hamid


Bangi: Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguat Kuasa (EAIC) menerima 1,483 aduan berkaitan salah laku anggota dan pegawai di bawah 21 jabatan dan agensi penguat kuasa seluruh negara sejak 2011.

Pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam berkata, daripada jumlah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima aduan paling tinggi iaitu 1,018 sehingga 20 Mei lalu.

"Walau pun jumlah aduan itu tidak besar jika dibandingkan dengan keseluruhan kira-kira 136,000 anggota dan pegawai polis tetapi kes-kes kematian orang tahanan dalam lokap sahaja boleh mencalarkan imej dan reputasi pasukan keselamatan terbesar itu.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM pula menunjukkan 2,435 aduan salah laku anggota polis diterima tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 228 berbanding 2014," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Majlis Dialog EAIC bersama wakil daripada 21 agensi di bawah seliaannya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 1:58 PM
Digital NSTP Subscribe