ZALDINO menunjukkan peralatan elektronik yang berjaya ditemui semula. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
ZALDINO menunjukkan peralatan elektronik yang berjaya ditemui semula. FOTO Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Nilai: Dua tukang cuci yang aktif memecah masuk rumah penduduk di daerah ini dicekup di Taman Desa Cempaka, di sini Khamis lalu sebelum polis menemui semula pelbagai barangan elektronik bernilai RM120,000.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, dua suspek berusia 21 dan 27 tahun ditahan penduduk ketika cuba memecah masuk rumah.

Katanya, susulan penahanan itu, pihaknya menemui semula 41 komputer riba, 31 telefon bimbit dan 30 televisyen yang dijual kepada tigalelaki Pakistan.

"Siasatan dijalankan mendapati dua lelaki terbabit aktif memecah masuk rumah penduduk sejak penghujung tahun lalu.

"Kita polis berjaya menyelesaikan 26 kes dilakukan suspek. Dua tukang cuci berkenaan bersama tiga lelaki Pakistan direman seminggu sehingga esok," katanya dalam sidang media di Balai Polis Nilai, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 3:48 PM