Jakarta: Sekurang-kurangnya 24 orang mati di Jawa Barat hujung minggu lalu selepas meminum arak buatan sendiri.

Mangsa dilapor sakit selepas meminum minuman keras itu pada Sabtu dan Ahad di daerah Darut dan Sumedang, kata jurucakap polis Martinus Sitompol.

“Siasatan awal menunjukkan arak berkenaan mengandungi 90 peratus alkohol dan dicampur dengan dadah dan ubat nyamuk.

“Kami sudah menangkap pengedar arak itu,” katanya.

Puluhan penduduk Indonesia mati setiap tahun selepas meminum arak buatan sendiri yang biasanya dicampur dengan pelbagai bahan toksik. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 8:18 AM