PERKHIDMATAN Tren Elektrik (ETS). FOTO arkib NSTP
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Operasi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) di antara laluan Tanjung Malim-Rawang-Pelabuhan Klang akan mengalami gangguan termasuk perubahan jadual waktu perjalanan bermula 27 Mei ini kerana projek menaik taraf infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT).

Perubahan jadual perjalanan itu meliputi perkhidmatan Intercity, Tren Elektrik (ETS) (hanya di Lembah Klang), Komuter dan KTM Kargo yang beroperasi di laluan berkenaan.

Pengurus Besar Projek, Jabatan Pengurusan Projek KTMB Ismail Saad berkata, projek menaik taraf instruktur selama empat tahun itu dilakukan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2019.

"Satu landasan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf dijalankan dan hanya satu landasan saja akan digunakan untuk laluan tren.

"Projek ini adalah perlu untuk memastikan perkhidmatan terbaik dan bersepadu dapat diberikan kepada pengguna pada masa akan datang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 11:19 AM