Syamsul (kiri) dan Mawi menyanyikan lagu (OST) filem Munafik "Kalah Dalam Menang" pada majlis Perlancaran MTV Karaoke. FOTO NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Selepas berjaya sebagai pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mahu mengorak langkah menjadi ‘rapper’ Islamik yang memperjuangkan lagu-lagu bercorak ketuhanan.

Syamsul, 32, yang tampil dengan single berjudul Kalah Dalam Menang bersama Mawi mengakui perkara itu jarang dilakukan penyanyi sedia ada.

"Saya lihat jarang orang menyanyi rap dalam lagu seperti ini. Andai diberi peluang saya mahu menjadi rapper Islamik. Dengan suara garang yang saya miliki, saya rasakan ia sesuai di samping dapat mempersembahkannya secara lebih santai dengan lirik yang mendalam," katanya.

Menurut Syamsul, dia sudah lama meminati bidang muzik dan sudah berjinak-jinak menghasilkan lagu sendiri, tetapi dia kurang yakin dengan sambutan

yang bakal diterima menyebabkan dia menyimpan saja lagu berkenaan.

“Apabila saya berpeluang bekerjasama dengan penyanyi Hafiz Hamidun barulah saya berani tampil dengan lagu Kalah Dalam Menang. Saya juga memilih Mawi kerana yakin lagu ini sesuai dengannya tambahan pula Mawi memang sinonim dengan lagu-lagu berkonsep seperti ini," katanya yang sudah mencipta 10 lagu sejak empat tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 8:19 PM