GEMAR cabar diri membawakan semua jenis lagu.
GEMAR cabar diri membawakan semua jenis lagu.
Georgie Joseph


Kompas hidup pendatang baru seni suara ini tidak lagi seperti dulu. Dia kini menjadi tumpuan masyarakat malah ke mana sahaja pasti ada yang menyapa dan mahu bergambar.

Gara-gara video duet bersama Siti Nordiana, Khai Bahar atau nama sebenarnya, Muhd Khairul Baharuddin, 22, menjadi fenomena. Lagu Memori Berkasih yang dimuat naik di aplikasi Smule itu benar-benar mengubah takdirnya.

Hanya berbekalkan vokal hebat dan mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan lunak, jejaka kelahiran Kangar, Perlis, itu terus menjadi viral.

Sekali gus, ia membawa kepada penemuan peminat terhadap beberapa video nyanyiannya termasuk Sudah Ku Tahu (Projector Band) dan Madah Berhelah.

Bagaimanapun, di sebalik pencapaian itu terpalit kontroversi yang menjejaskan namanya apabila video dia tidak berbaju dengan seorang rakan lelaki tersebar di Internet sekali gus mengundang pelbagai spekulasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 5:16 AM