KEADAAN rumah Salamah Amir yang ditimpa pokok kekabu dalam kejadian ribut tengah malam tadi. FOTO Zulfa Mohamad
KEADAAN rumah Salamah Amir yang ditimpa pokok kekabu dalam kejadian ribut tengah malam tadi. FOTO Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Kebimbangan sebuah keluarga di Kampung Dua Puluh Tepi Laut, Penaga, di sini, jadi nyata apabila pokok kekabu berhampiran rumah tumbang dan menghempap rumah mereka dalam kejadian ribut jam 12 tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, pokok kekabu sebesar dua pemeluk orang dewasa tumbang dan menghempap bahagian bilik dan dapur rumah Salamah Amir, 42.

Bagaimanapun, ketika kejadian Salamah dan suaminya, Mohd Khairi Hamid, 49, tiada di rumah dan hanya anak mereka Mohd Ridzwan, 13, sedang makan di ruang tamu.

Menurut Salamah, dahan pokok kekabu menembusi bumbung bilik dan dapur rumahnya.

"Kebiasaan saya dan suami memang tidur dalam bilik berkenaan tetapi kebetulan malam tadi kami balik lambat.

"Jika ribut berlaku ketika kami sedang tidur entah apa akan jadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 11:11 AM