BANDAR Bahau sekarang.
BANDAR Bahau sekarang.
DULU. Stesen kereta api Bahau dibina pada zaman penjajahan British.
DULU. Stesen kereta api Bahau dibina pada zaman penjajahan British.
KINI. Stesen kereta api Bahau yang dibina pada 2014.
KINI. Stesen kereta api Bahau yang dibina pada 2014.
DULU. Stesen bas Bahau sekitar tahun 60-an hingga lewat 80-an.
DULU. Stesen bas Bahau sekitar tahun 60-an hingga lewat 80-an.
KINI. Stesen bas Bahau sekarang.
KINI. Stesen bas Bahau sekarang.
Abnor Hamizam Abd Manap


Suatu ketika dahulu, Bahau sebuah pekan kecil serba kekurangan. Namun, semuanya berubah apabila Majlis Daerah Jempol (MDJL) ditubuhkan pada 1 Ogos 1980 hasil persempadanan semula kawasan pertadbiran daerah Kuala Pilah.

Persempadan semula kawasan pentadbiran mewujudkan satu daerah baru dikenali sebagai Jempol yang sebelum itu hanya dikenali sebagai daerah kecil Bahau.

Jempol daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar termasuk pekan Bahau.

Pembangunan pesat di bawah MDJL selepas itu menyaksikan Bahau yang pernah digelar pekan koboi berubah wajah termasuk pembangunan kawasan perniagaan dan taman perumahan.

Bandar Bahau bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk daerah ini tetapi juga daerah lain termasuk Bera dan Rompin di Pahang.

Generasi muda membesar bersama pembangunan bandar Bahau, Mohd Haris Abd Rahman, 30, berkata, Bahau kini makin pesat membangun dengan pelbagai prasarana lengkap.

Katanya, pembinaan taman perumahan pada skala besar oleh pemaju hartanah membuktikan Bahau menjadi pilihan untuk dijadikan tempat tinggal.

“Sektor hartanah antara menjadi tumpuan, antaranya pembangunan Bandar IOI mendapat permintaan tinggi orang luar Jempol,” katanya.

Dahulu kawasan berkenaan adalah ladang kelapa sawit milik syarikat berkenaan, namun permintaan tinggi terhadap sektor itu menyebabkan sebahagian tanah ladang dibangunkan.

Mohd Haris berkata, kemudahan awam seperti stesen kereta api Bahau turut mendapat perhatian untuk dinaik taraf bagi keselesaan pengguna.

Stesen kereta api zaman kolonial digantikan dengan stesen serba moden yang siap dibina pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 12:16 PM