Oleh Nur Saliawati Salberi


Shah Alam: Jabatan Imigresen Selangor menahan 115 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira 5 pagi itu, mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Ramli Othman berkata, operasi yang dijalankan pihaknya adalah untuk mengesan pendatang asing tanpa izin yang masih berada dan bekerja di negeri itu tanpa permit yang sah.

"Daripada 115 yang ditahan, empat adalah kanak-kanak dan 27 wanita yang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Vietnam yang berusia antara setahun hingga 51 tahun.

"Kebanyakan mereka yang ditahan tiada dokumen perjalanan yang sah selain tinggal lebih masa dan menyalahgunakan dokumen perjalanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 12:11 PM