FOTO Arkib NSTP/Aizuddin Saad
Saipul Adli Mohamad

 

Butterworth: Universiti Sains Malaysia (USM) tidak pernah menawarkan pengajian akademik peringkat diploma mengenai bekam seperti diviralkan di dalam media sosial.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata, sebarang penawaran program akademik perlu melalui kelulusan Senat USM.

Beliau berkata, program diploma eksekutif sekali pun perlu melalui kelulusan universiti jika dibuat oleh mana-mana pihak termasuk dalam penggunaan logo rasmi USM.

"Oleh itu, hal ini sedang diteliti dan dalam siasatan USM dan berharap orang ramai tidak mudah percaya sebarang dakwaan dibuat mana-mana pihak terutama dalam hal penawaran program akademik universiti.

"USM kesal dengan pelbagai dakwaan yang dibuat mengenai perkara ini dan berharap penyebaran maklumat seperti ini akan dihentikan segera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 2:59 PM