Mourinho menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford. FOTO BBC
Mourinho menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford. FOTO BBC
BBC

Manchester: Manchester United mengesahkan bekas bos Chelsea, Jose Mourinho sebagai pengurus baru kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, sebentar tadi.

Dia menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Dia menggantikan pengurus dari Belanda Louis van Van Gaal yang dipecat Isnin lalu - dua hari selepas menjulang Piala FA.

"Jose sudah tentunya pengurus terbaik dalam permainan itu buat masa ini," kata naib presiden United, Ed Woodward.

Mourinho, 53, berkata: "Menjadi pengurus Manchester United adalah satu penghormatan dalam permainan itu. Ia kelab begitu dikenali dan diminati di serata dunia."

Dia berkata, dia sentiasa merasakan "sentiasa menyukai Old Trafford" dan mendakwa "mempunyai hubungan baik dengan penyokong United".

Dia menambah: "Saya tidak sabar menjadi pengurus baru dan merasai sendiri sokongan mengagumkan diberikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Terdapat unsur mistik dan rasa kasih terhadap kelab ini tidak mampu ditandingi kelab lain."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 5:22 PM