BILAL masjid, Sukiman Sangat menunjukkan cara membaca ukuran cahaya matahari untuk menentukan arah kiblat di Masjid al-Khairiyah, Taman Seri Gombak.
BILAL masjid, Sukiman Sangat menunjukkan cara membaca ukuran cahaya matahari untuk menentukan arah kiblat di Masjid al-Khairiyah, Taman Seri Gombak.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Semakan arah kiblat mengunakan kaedah Istiwa A’zam paling tepat berikutan kedudukan matahari berada di atas titik Kaabah.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, fenomena yang berlaku dua kali setahun itu juga di gelar Matahari Istiwa yang memudahkan orang ramai memperbetulkan arah kiblat masing-masing menerusi bayang-bayang objek.

Ketika fenomena itu terjadi, matahari akan berada tegak di atas titik Kaabah untuk beberapa tempoh dan orang ramai boleh menggunakan objek seperti kayu atau pembaris bagi menentukan arah tepat kiblat menerusi bayang-bayang.

“Kaedah berkenaan paling tepat selain menggunakan kiraan falak dalam menentukannya dan orang ramai perlu mengambil kesempatan itu untuk memperbetulkan arah kiblat masing-masing.

“Arah kiblat arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu iaitu dari hujung bayang dan menghadap ke arah objek.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 7:04 AM