X
Najib merasmikan Upacara Pecah Tanah Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter Lahad Datu. FOTO ihsan ATM
Najib merasmikan Upacara Pecah Tanah Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter Lahad Datu. FOTO ihsan ATM
Yusmizal Dolah Aling


Lahad Datu: Kedaulatan dan keselamatan Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur negeri ini akan terus dijaga dengan pelbagai inisiatif seperti mengatur gerak aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, biarpun ada pihak cuba menuntut Sabah, semangat perpaduan,saling bergandingan dalam solidariti yang kukuh akan menjamin keselamatan negara keseluruhannya.

"Dengan adanya Pangkalan Operasi Hadapan ia bukti amat jelas kita tetap pertahankan bumi Sabah.

"Bukan cakap atau lihat saja, kita mampu lakukannya dengn usaha yang kita gariskan. Kalau org kata apa-apa pun nak tuntut Sabah, kita katakan Sabah tetap merdeka dalam Malaysia," katanya ketika berucap pada Upacara Pecah Tanah Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter Lahad Datu disini sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 12:46 PM