Awal, Scha dan anak mereka majlis pelancaran koleksi hari raya ScaAwaLara X JAKEL. FOTO Saifullizan Tamadi
Awal, Scha dan anak mereka majlis pelancaran koleksi hari raya ScaAwaLara X JAKEL. FOTO Saifullizan Tamadi
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya meluahkan rasa syukur apabila hasrat untuk menunaikan umrah pada Ramadan ini tercapai.

Awal, 35, berkata selepas empat tahun mereka berkahwin baru kali ini perkara itu dapat ditunaikan.

Awal sekeluarga akan berangkat ke Makkah pada 12 sehingga 22 Jun ini.

"Ikutkan selepas berkahwin dahulu kami memang merancang untuk menunaikan umrah bersama. Namun, ada saja halangan yang datang.

"Alhamdulillah, hasrat kali ini tercapai. Rasa bersyukur sangat apabila diberitahu tarikh yang kami rancang itu masih terdapat kekosongan," katanya.

Awal berkata, selain bersama isteri dan anak, dia juga membawa bersama kedua ibu bapa dan belah mentuanya.

"Memang itu niat saya selama ini yang mana mahu membawa kedua ibu bapa dan mentua mengerjakan umrah bersama. Lebih mengembirakan apabila anak kami, Lara Alana juga turut serta.

"Jika diikutkan kami tidak mahu membawa Lara kerana risau dengan keadannya apatah lagi kami perlu fokus kepada ibadah. Tetapi, apabila difikir balik bukan sepanjang masa nak membawanya bersama sebaliknya pada waktu tertentu saja," katanya.

Terdahulu Awal dan Scha ditemui pada majlis pelancaran koleksi hari raya ScaAwaLara X JAKEL.

Kolaborasi itu menjadikan mereka sebagai keluarga selebriti pertama bekerjasama dengan Jakel.

"Jika selebriti lain adalah duta, kami pula mahu memberi kelainan dengan berkolaborasi bersama dalam menghasilkan koleksi raya bagi seisi keluarga.

"Pada mulanya, kerjasama ini membabitkan saya seorang, namun pihak mereka sepakat mahu membawa isteri dan anak sekali. Saya anggap ia sesuatu yang istimewa," katanya.

Kesemua koleksi keluarga popular ini boleh didapati bermula 4 Jun ini di semua cawangan Jakel di seluruh Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 4:55 PM