Najib diiringi Musa tiba di majlis pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Pakej Tawau - Sandakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau. FOTO Malai Rosmah Tuah
Najib diiringi Musa tiba di majlis pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Pakej Tawau - Sandakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau. FOTO Malai Rosmah Tuah
Norasikin Daineh


Tawau: Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM12.8 bilion adalah hadiah Barisan Nasional (BN)kepada rakyat Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pembinaan lebuh raya itu bagi merapatkan jurang pembangunan selain Sabah di bawah kerajaan BN terus lebih maju lagi.

"Kita tidak cakap saja, sebab itu kita buat Lebuhraya Pan Borneo yang tidak mengubah lanskap bumi Sabah ini. Tidak ada projek lain yang sehebat Pan Borneo. Pan Borneo dari Sindumin, Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kalabakan dan Keningau ini jajaran Pan Borneo sepanjang 1,236 kilometer akan dibina oleh kerajaan BN.

"Jalan yang panjang ini dan yang paling utama tiada tol. Dana besar sebanyak RM12.8 bilion tak masuk harga tanah adalah hadiah kepada rakyat Sabah oleh BN dan kita nak siapkan dalam masa enam tahun," katanya ketika berucap merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Jajaran Tawau ke Sandakan (pakej 2) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, sebentar tadi.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 5:54 PM