Gosip cinta Amyra Rosli dan Amar Baharin bukan baru. Tapi apabila ditanya empunya diri, mereka sering menafikan. Malah mengatakan hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan artis tambah pula berada di bawah satu bumbung syarikat pengurusan.

Tapi baru-baru ini tengah layan Facebook, Cik Pang terperasan satu entri foto dimuat naik chef selebriti Datuk Raja Rosly Raja Mazlan atau Pak Engku.

Dalam entri itu, dia semacam bagi klu satu projek rahsia bersama ibu Amyra. Ramai tahu Pak Engku sering menjadi pilihan golongan VIP dan selebriti untuk majlis perkahwinan mereka.

Kali ini ada projek rahsia bersama ibu Amyra dan dalam gambar itu seperti mereka membuat persiapan memilih lokasi untuk majlis perkahwinan. Kalau bersama empunya Kuzie Catering, tentulah sedang merancang majlis perkahwinan kan.

Tapi siapa yang akan berkahwin? Adakah Amyra Rosli dengan Amar Baharin? Apabila ditanya dengan Pak Engku, awal-awal lagi minta maaf tidak boleh buka mulut kerana menjaga amanah orang.

Tapi teman sepejabat Cik Pang tidak puas hati, cuba risik sana risik sini. Dari sumber yang Cik Pang cukup yakin mengatakan satu majlis perkahwinan bakal berlangsung November ini.

Apabila ditanya lebih lanjut apakah Amyra akan melangsungkan perkahwinan dengan Amar, katanya biar empunya diri yang akan memaklumkannya dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan Julai nanti.

Tapi Cik Pang rasa tidak sabar menantikan berita ini. Cik Pang juga yakin kalau ditanya Amyra atau Amar, mereka tentu tidak akan mengaku.

Jadi, tunggulah satu pengumuman rasmi akan dibuat Julai nanti, kemungkinan selepas Aidilfitri. Kita tunggu sajalah penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Apa pun, Cik Pang sentiasa mendoakan Amyra mendapat jodoh yang baik dan dapat membawanya ke jannah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 5:03 AM