SATU daripada lima sekatan jalan raya yang dibuat polis. FOTO Mohd Rizal Abdullah
SATU daripada lima sekatan jalan raya yang dibuat polis. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA mat rempit yang ditahan polis. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA mat rempit yang ditahan polis. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA mat rempit yang ditahan polis. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ANTARA mat rempit yang ditahan polis. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Oleh Mohd Rizal Abdullah

Serdang: Lima sekatan jalan raya serentak oleh Pasukan Trafik Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berjaya menahan 50 rempit 'kamikaze' di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Desa Serdang, di sini, sebentar tadi.

Operasi membabitkan 158 anggota termasuk pegawai polis itu bermula 2 pagi.

Pegawai Turus Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Bon Jeen Ahron berkata, mereka yang ditahan berumur antara 16 sehingga 25 tahun.

Menurutnya, kebanyakan mat rempit gagal melarikan diri apabila polis melakukan lima sekatan serentak di kedua buah lebuh raya terbabit.

"Semua yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Sebelum ini, setiap hujung minggu stesen minyak di lebuh raya PLUS, di sini, berubah menjadi 'litar mini' apabila puluhan mat rempit berkumpul dan membunyikan enjin secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Kehadiran mereka dikesan pada hujung minggu terutama malam Sabtu dan Ahad dan apabila cuti umum, bermula 10 malam sehingga awal pagi.

29 oktober lalu, Harian Metro menerusi portalnya myMetro mendedahkan kegiatan mat rempit ‘kamikaze’ ini dan ramai pelanggan di stesen minyak berkenaan rasa tidak selamat dengan kehadiran mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 3:32 AM