AFP

Milan: Cristiano Ronaldo gagal membendung perasaan bangga selepas membantu Real Madrid menjulang gelaran Liga Juara-Juara ke-11 awal pagi semalam menerusi jaringan penalti untuk menewaskan Atletico Madrid 5-3 menerusi penentuan penalti.

Dua babak masa tambahan yang berkesudahan tanpa jaringan selepas seri 1-1, menyebabkan musuh setempat ibu negara Sepanyol itu terpaksa mengharungi penentuan penalti.

Sebaik percubaan pertahanan Atletico Juanfran terkena tiang, Ronaldo mencetuskan sorakan gamat penyokong di stadium San Siro di Milan selepas sepakan penuh yakin diambilnya melepasi Jan Oblak.

Ronaldo yang mengumpul 16 jaringan, muncul penjaring terbanyak buat kali kedua selepas menjaringkan 17 gol pada 2014.

Biarpun gagal menyamai rekod sebelumnya, perasaan bangganya begitu menyerlah selepas perlawanan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 8:09 AM