Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar (kanan sekali) ketika melupuskan sebahagian rokok seludup sepanjang Ops Redback 2016 ke dalam mesin pelupus rokok, di Pangkalan Maritim APMM Batu Pahat, di sini, tadi. FOTO Essa Abu Yamin

Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkat operasi di perairan Selat Melaka bagi mengekang pendatang asing tanpa izin (PATI) keluar dari Malaysia secara haram menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, langkah itu dilakukan bagi mengelakkan kejadian bot atau feri haram karam.

"Perairan Selat Melaka terutama dari Klang hingga Johor akan diberi keutamaan bagi memastikan tragedi bot atau feri haram lebih muatan yang menyebabkan kematian kepada PATI tidak berlaku seperti sebelum ini.

"Selain itu antara kawasan 'panas' lain yang akan dipantau termasuklah Sedili dan Kukup, Johor; Langkawi, Kedah; serta perairan Melaka-Dumai, Indonesia," katanya selepas perasmian majlis penutup Ops Redback bersama Australian Border Forces (ABF) di Pangkalan APMM Batu Pahat, di sini, hari ini.

Difahamkan operasi bersepadu sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri itu juga akan dijalankan bersama Jabatan Laut Malaysia bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan terkawal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 1:50 PM