Hazama. FOTO arkib NSTP


Kuala Lumpur: Disebabkan tidak mahu kejadian dialami penyanyi popular Ummu Syaikhah Stacy Anam atau Stacy apabila video dia mengucap kalimah syahadah tersebar di Internet hingga mencetus kontroversi, penyanyi Hazama bercadang mengadakan majlis pernikahan dengan kekasihnya Genervie Kam, 36, atau Gen secara tertutup.

Hazama, 32, berkata, mereka merancang untuk bernikah selepas Aidilfitri tahun ini dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak saja.

“Saya berbuat demikian kerana tidak mahu memberi tekanan kepada Gen untuk melayari kehidupan sebagai saudara baru di majlis pernikahan kami nanti.

"Kejadian yang menimpa Stacy ketika dia memeluk Islam pada Ogos tahun lalu benar-benar membuka mata saya untuk lebih berhati-hati,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada Gen sudah memeluk Islam atau belum, Hazama berkata, kekasihnya itu belum memeluk Islam.

“Saya mengharapkan Gen akan memeluk Islam pada Ramadan ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 8:59 PM