PEMAIN Slovakia Juraj Kucka (kiri) jaring gol ketiga pasukannya. Gambar kecil, Joachim Loew.
Agensi

Augsburg: Juara dunia Jerman tewas 1-3 di tangan Slovakia pada perlawanan persahabatan terakhir sebelum sepak mula Euro 2016 di Perancis dan keadaan dilihat tidak begitu baik buat skuad kendalian Joachim Loew.

Aksi persahabatan itu diganggu hujan lebat serta ribut petir sehingga memaksa babak kedua ditangguhkan seketika.

“Saya tetap berpuas hati dengan cara kami menyerang. Kami mencipta beberapa peluang menjaringkan gol tapi secara jujurnya di bahagian pertahanan, kami ada sedikit masalah. Ini mungkin berlaku disebabkan kami ada dua penyerang utama Mario Gotze dan Draxler. Keadaan itu memberikan Slovakia ruang yang besar,” kata Loew.

Loew turut meluahkan rasa puas hatinya dengan persembahan pemain yang baru diturunkan.

Apa yang penting katanya, aksi dipamerkan beberapa minggu kebelakangan ini dan beliau tidak mahu peminat mengharapkan sesuatu di luar jangkaan daripada pemain muda berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 8:21 AM