Agensi

London: Penyerang remaja Manchester United Marcus Rashford (gambar) disenaraikan dalam skuad terakhir 23 pemain skuad England bagi mengharungi kempen Euro 2016.

Bagaimanapun, nama Danny Drinkwater dan Andros Townsend tiada dalam senarai yang diumumkan semalam.

Rashford, 18, menjaringkan gol dalam tempoh tiga minit dia membuat penampilan pertama bersama Three Lions sewaktu menang 2-1 ke atas Australia, Jumaat lalu. Dia juga menjaringkan lapan gol dalam 18 perlawanan sejak membuat penampilan pertama bersama United pada Februari lalu.

Kecemerlangannya dijangka bakal membuatkan tempat Daniel Sturridge samar, tetapi penyerang Liverpool itu turut tersenarai sebagai salah seorang daripada lima penyerang meskipun tidak bermain ketika menentang Australia kerana masalah betis.

Walaupun pada awalnya berada dalam skuad 23 pemain pengurus Roy Hodgson, pemain tengah Leicester City Drinkwater dan pemains ayap Newcastle United Townsend terpaksa digugurkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 8:00 AM