MANGSA tersepit didalam kenderaan selepas diseret sejauh enam meter.
Norizuan Shamsuddin

Kajang: Seorang maut manakala tiga yang lain cedera apabila kereta dinaiki mereka diseret sejauh hampir enam meter selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 31 Jalan Kuala Lumpur-Seremban menghala ke Semenyih, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa yang juga pemandu, Wong Tong Kee, 48, maut di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di kepala dan dada manakala tiga lagi penumpang cedera di kepala, tangan dan anggota badan lain.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kejadian berlaku di kawasan garisan berkembar berhampiran satu selekoh.

Katanya, sewaktu kejadian kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun cuba membelok ke kanan di atas garisan berkembar berkenaan.

“Sewaktu membelok kenderaan itu bertembung dengan kereta model Toyota Altis dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 8:35 AM