TEMPAT duduk Husam sudah dikeluarkan daripada barisan kerajaan PAS dan diletakkan sebaris dengan pembangkang. FOTO Syamsi Suhaimi
TEMPAT duduk Husam sudah dikeluarkan daripada barisan kerajaan PAS dan diletakkan sebaris dengan pembangkang. FOTO Syamsi Suhaimi
Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa yang sebelum ini dilucut keahlian PAS, secara rasmi bergelar pemimpin Bebas, hari ini.

Tempat duduknya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang hari ini juga sudah dikeluarkan daripada bahagian Kerajaan dan diletakkan sebaris dengan Pembangkang.

Speaker DUN Datuk Abdullah Yaa'kob mengesahkan perkara berkenaan.

"Dia bukan lagi ahli kepada Kerajaan, maka sudah tentu tempat duduk dalam dewan juga berubah.

"Husam sekarang Bebas, dan surat pemberitahuan itu sudah dikeluarkan dua minggu sebelum DUN bersidang (untuk penukaran tempat duduk)," katanya ketika ditemui di lobi DUN, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS tidak menghadiri Sidang DUN tadi, yang berlangsung hampir tiga jam bermula 9 pagi.

Persidangan akan disambung semula pada 3 petang esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 1:48 PM