PEMENANG pertandingan Sorakan Semangat LTTDL 2016. FOTO Owee Ah Chun
PEMENANG pertandingan Sorakan Semangat LTTDL 2016. FOTO Owee Ah Chun
 LOKMAN mengumumkan tarikh LTdL 2017. FOTO Owee Ah Chun
LOKMAN mengumumkan tarikh LTdL 2017. FOTO Owee Ah Chun
Azlan Muhammad Zain


Putrajaya: Edisi ke-22 perlumbaan berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan berlangsung pada 22 Februari hingga 1 Mac 2017.

Tarikh berkenaan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali, hari ini.

Perlumbaan akan berlangsung dengan lapan peringkat selepas mendapat kelulusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Terdahulu Lokman menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ‘Sorakan Semangat LTdL 2016’ dengan Sekolah Menengah Sains Tapah dari Perak menjuarai kategori sekolah manakala Kampung Guntong MK Lumbok dari Johor dinobatkan juara kategori kampung.

Perlumbaan edisi ke-21 pada awal tahun ini melakar sejarah tersendiri apabila pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Adiq Husainie Othman dinobatkan pelumba terbaik Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 6:30 PM