Saiful Bahri (kiri) menyerah tugas sebagai Ketua Polis Daerah Gua Musang kepada Rajab Ahad (kanan) disaksikan Ab Rashid (tengah). - Foto RAMLI IBRAHIM
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Superintendan Rajab Ahad Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Gua Musang menggantikan Superintendan Saiful Bahri Abdullah yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak, dan memangku jawatan Asisten Komisioner.

Majlis serah tugas disempurnakan hari ini disaksikan Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rashid Ab Wahab.

Rajab sebelum ini bertugas di Bahagian Perjawatan Bukit Aman, sementara Saiful sudah tujuh tahun meneraju IPD Gua Musang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 4:03 PM