MANFAATKAN masa sepanjang sebulan berpuasa.
MANFAATKAN masa sepanjang sebulan berpuasa.
Siti Farahiyah Aziz


Beberapa hari lagi umat Islam akan menjalani ibadat puasa dan puasa Ramadan.

Sepanjang Ramadan Muslimin digalakkan digalakkan banyak membaca al-Quran, bersedekah, solat Tarawih, solat Tahajud dan pelbagai amal ibadah lain.

Ini kerana amal yang dilakukan mendatangkan pahala berlipat ganda berbanding ketika bulan lain.

Puasa Ramadan akan membantu kita dalam melepaskan semangat terlalu mengejar dunia dan menggantikannya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Walaupun ada yang mengatakan bulan puasa membuatkan kesengsaraan bagi tubuh manusia, namun tanggapan itu tidak benar sebaliknya boleh menjadikan seseorang lebih sihat.

Dr H A Morton Whitby dalam bukunya berjudul ‘Preservation of Health’ menunjukkan puasa dapat menjadi sumber kepada kesihatan.

KEISTIMEWAAN RAMADAN

Bulan keberkatan iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.

Lailatulqadar yang nilainya sama dengan seribu bulan.

Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT.

Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah pada hari kiamat kelak.

Orang yang berpuasa mendapat pemeliharaan Allah SWT.

Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai indah di syurga.

Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1,700 kebajikan, dibina mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 10:26 AM