NAIB Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun (tengah). FOTO Supian Ahmad
Yusmizal Dolah Aling dan Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: Pemuda Barisan Nasional (BN) menggesa MCA mengambil tindakan disiplin terhadap seorang pemimpin sayap parti itu yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah.

Timbalan Pengerusinya Khairul Azwan Harun berkata, tindakan seperti itu adalah di luar semangat setiakawan BN yang mempunyai saluran untuk memberikan pandangan berhubung sesuatu isu.

"Kita gesa supaya tiada sebarang desakan mana-mana ahli parti termasuk komponen meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

"Kalau masih lagi ingin mempertikaikan dan minta Perdana Menteri meletak jawatan saya kira elok individu ini sertai saja parti pembangkang," katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan pemimpin Pemuda MCA mempertikaikan pembentangan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen minggu lalu selain meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:53 PM