Skip this ad x
Antara rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Pisang, Tawau, pagi tadi. FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh


Tawau: Lima rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung pisang, pagi tadi.

Kejadian 10.50 pagi itu menyebabkan kira-kira 40 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.59 pagi dan seramai 23 anggota bersama empat jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, operasi mengawal kebakaran segera dilakukan sebelum merebak ke kawasan kejiranan lain dan berjaya dikawal pada 11.46 pagi.

"Pihak bomba juga turut menggunakan dua sumber air untuk memadam kebakaran iaitu dari jentera yang dibekalkan dan air sungai di kawasan berhampiran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Faisal, punca kejadian masih dalam siasatan.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 1:41 PM