MOHD Riza menunjukkan sebahagian produk kepada pelanggan.
Oleh Mary Victoria Dass


Maida Muslimah semakin mendapat tempat di hati Muslimah tempatan kerana penggunaannya membantu mereka tampil lebih cantik, yakin dan selesa.

Pengurus Besar Bumi Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd Mohd Riza Khalid berkata, selama 13 tahun berkecimpung dalam industri pengeluar produk kecantikan dan penjagaan kulit, pihaknya memperkenalkan produk berkenaan terutama bagi memenuhi kehendak dan keperluan Muslimah.

Ia menjadi penyelesaian masalah kesihatan rambut mahupun kesulitan bagi mendapatkan bentuk badan menarik berikutan kesibukan kerja kerana penggunaannya yang mudah.

Menurutnya, selepas kajian dan penyelidikan yang diadakan selama dua tahun, ia memperkenalkan penyembur rambut MAIDA Aura dan Aloe Vera, MAIDA Intensive Body Cream (krim merampingkan tubuh), MAIDA Bust Serum (serum kecantikan payu dara), syampu MAIDA Aura dan Aloe Vera.

Penyembur rambut Aloe Vera dan Aura itu dihasilkan menerusi kaedah bioteknologi terkini yang memastikan rambut lebih segar, sihat dan harum sepanjang masa manakala agen memecahkan molekul bau juga membantu menghindari bakteria.

Ia tiada kesan sampingan apabila terkena pada kulit kepala, sebaliknya mampu menyuburkan rambut dari akar serta mengatasi masalah kurang selesa, gatal kulit kepala serta rambut gugur.

Hanya sekali atau dua kali menggunakan semburan rambut ini, ia membolehkan mereka segar sepanjang masa.

Sementara itu, syampu MAIDA Aura mengandungi ramuan semula jadi yang mampu mencegah masalah botak, melembapkan rambut, menghilangkan kegatalan dan memastikan kepala dan rambut kekal wangi.

“Manakala syampu MAIDA Aloe Vera pula mengandungi vitamin dan mineral yang efektif dalam penjagaan kulit kepala dan rambut, mengatasi masalah penipisan rambut kerana masalah keguguran rambut dan mengekalkan kesegaran kulit kepala serta rambut,” katanya.

Serum pula berfungsi menganjal dan menegangkan payudara, menghilangkan kesan parut rekahan kulit di payudara kerana ia mengandungi herba Puerraria mirifica yang dikenali sebagai White Kwao Krua dari Thailand. Ia secara turun temurun digunakan oleh wanita di negara berkenaan sebagai bahan antipenuaan, menegangkan payudara serta mengurangkan garis halus dan kedutan di sekitar payudara.

MAIDA Body Intensive Cream pula mampu menghilangkan selulit (lemak berbonjol di bawah kulit) terutama pada paha dan pinggul wanita serta menghaluskan kulit, mengekalkan berat badan dan membakar lemak.

Ia mengandungi plankton iaitu organisma (tumbuh-tumbuhan halus yang terapung di air), gliserin dan air yang mampu meningkatkan metabolisme yang membantu proses merampingkan tubuh.

Produk MAIDA MUSLIMAH yang sudah menembusi pasaran Indonesia, boleh digunakan remaja hingga dewasa manakala bilik pamerannya di No 16, Jalan Molek 1/2, Taman Molek. Sempena Ramadan, pakej produk ini ditawarkan dengan harga RM250. Bagi maklumat lanjut, hubungi talian 07-2874882 atau melayari laman web www.maidamuslimah.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Jun 2016 @ 12:10 PM