Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Kerajaan bersetuju pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Beliau berkata, kerajaan berharap langkah itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.

"Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

"Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh

ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Husni berkata, sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88- 2716 serta emel kepada [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 3:06 PM
Digital NSTP Subscribe