MOHD Azizi dan Mazlinda bersama anak mereka, Nur Azmira Damian.
Garret Dawum


Kuala Lumpur: “Setiap kali anak dibawa ke hospital untuk rawatan, hati saya sedih dan pilu apabila melihat keadaannya yang dipasang dengan wayar seluruh badan.

“Saya tahu kesakitan yang sedang ditanggungnya, namun apakan daya, kami tidak mampu mendapatkan rawatan kerana menghadapi masalah kewangan,” kata Mazlinda Nasaruddin, 37, ibu kepada bayi jantung berlubang, Nur Azmira Damian Mohd Azizi, 16 bulan.

Lebih memilukan, Nur Azmira Damian juga menderita sindrom Down sejak dilahirkan selain beberapa lagi masalah kesihatan lain iaitu paru-paru lemah, asma dan saluran darah terlebih.

Menurut Mazlinda, paling memeritkan apabila anaknya kerap muntah.

“Keadaan itu selalu menimbulkan kerisauan kepada saya dan suami. Setiap kali anak mengalaminya, kami akan bergegas menghantarnya ke hospital terdekat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2016 @ 9:08 AM