PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan bayaran dividen kepada pekebun kecil RISDA di Majlis Penyampaian Dividen RISDA 2016 dan Perlancaran Bantuan Khairat Pekebun Kecil di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan. FOTO Luqman Hakim Zubir
Syah Rul Aswari Abdullah


Pekan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini, mengumumkan dividen bernilai RM94.5 juta kepada 34,121 pekebun kecil RISDA di seluruh negara.

Ia membabitkan 16,080 peserta Rancangan Tanah Baru Kelompok (RTBB) dan 18, 041 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

Najib berkata, pembayaran dividen adalah sebahagian usaha kerajaan untuk membantu masyarakat pekebun kecil di samping pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016.

"Mudah-mudahan ia dapat meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyampaian dividen RISDA 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Najib turut mengumumkan Bantuan Khairat Pekebun Kecil berjumlah RM5.2 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2016 @ 4:56 PM