Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Kenyataan ringkas mengenai kesihata baginda dimuatnaik ke laman Facebook baginda, hari ini.

Sultan Ibrahim dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah atas nasihat doktor baginda dan kini bersemayam di wad Diraja.

Baginda dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh dua hari lagi.

Sehingga 8.20 malam tadi, kenyataan itu mendapat kira kira 5,600 likes dan 1,200 ulasan termasuk di kalangan rakyat jelata pelbagai kaum dan agama yang mendoakan kesejahteraan baginda.

Difahamkan, baginda dimasukkan ke HSA kira kira 9.30 pagi semalam.

Baginda sempat meluangkan masa bertemu rakyat jelata di bazar Ramadan di Segamat, Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2016 @ 8:47 PM