Turan (kiri) bersama Terim pada sesi latihan di Bandol. FOTO AFP
Turan (kiri) bersama Terim pada sesi latihan di Bandol. FOTO AFP
Reuters

Paris: Jurulatih Turki Fatih Terim menganggap kurang waktu bermain secara berpasukan musim ini tidak menjejaskan prestasi kapten Arda Turan berdepan Croatia pada perlawanan Kumpulan D Euro 2016, malam ini.

Ia adalah kejohanan besar kompetitif pertama skuadnya dalam tempoh lapan tahun.

Fatih mengendalikan skuad itu buat kali ketiga yang mempamer peningkatan prestasi daripada sekadar pasukan satu mata pada tiga perlawanan awal hingga mara ke pusingan akhir di Perancis.

"Pada bahagian pertama musim saya menurunkan Arda pada setiap perlawanan dan dia terus bermain beberapa perlawanan pada bahagian musim kedua," kata Terim.

Jurulatih itu sudah memberitahu pemain akan diturunkan pada perlawanan di stadium Parc des Princes menghadapi Croatia.

"Kami hanya menggunakan seorang penyerang," kata Terim.

"Sudah tentu kami memiliki pilihan untuk beraksi dengan dua yang memang kami gunakan untuk perlawanan baru baru ini.

"Kami akan membuat sedikit pengubahsuaian. Kami memiliki skuad menarik dan mampu bertukar tukar."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 6:27 PM