KEADAAN di Riau, semalam.

Jakarta: Keadaan jerebu yang semakin buruk di Riau memaksa pihak berkuasa menutup buat sementara lapangan terbang di Pekanbaru hingga menyebabkan ratusan mangsa terkandas dan gangguan jadual penerbangan terpaksa dipinda.

"Jadual ketibaan dan berlepas terpaksa ditangguhkan kerana jarak penglihatan hanya 500 meter," kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II, Baiquni Sudrajat, semalam.

Menurutnya, untuk keselamatan, jarak penglihatan perlu lebih 1,500 meter.

Kelmarin, Lapangan Terbang Sultan Aji Muhammad Sulaiman di Balikpapan, Kalimantan Timur ditutup selama beberapa jam, juga kerana jerebu.

Jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan turut memaksa penduduk di beberapa wilayah Indonesia memakai topeng muka bagi mengelak berdepan dengan masalah pernafasan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:07 AM