MOHD Megat (dua kanan) menunjukkan barangan yang dirampas. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia menumpaskan satu sindiket curi dan samun kereta di sekitar Serdang dengan penahanan lelaki dalam serbuan di Bandar Kinrara, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Mohd Megat Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan ketika memandu kereta dipercayai dicuri di kawasan Taman Kinrara, Puchong.

"Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kereta berkenaan, kita menemui beberapa barangan disyaki dicuri dalam jenayah curi dan samun kenderaan dilakukan suspek.

"Penahanan suspek juga membawa penemuan kepada lima lagi kenderaan curi di Taman Kinrara Puchong, sekali gus menyelesaikan tujuh kes samun dan curi kereta yang dilaporkan sebelum ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, hari ini.

Usaha mengesan tiga lagi rakan suspek yang terbabit masih giat dilakukan.

Suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 12:49 PM