Erra nafi akan berkahwin dengan Shahir. FOTO NSTP/Twitter
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengakui masih berkawan dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Shahir biarpun mereka tidak pernah dilihat bersama dalam mana-mana majlis.

Erra, 42, berkata, dia dan Shahir sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Erra yang juga ibu kepada seorang anak ini menafikan dia bakal berkahwin dengan Shahir selepas Aidilfitri ini.

€œAda yang cakap Shahir sudah menghantar rombongan merisik dan meminang. Sebenarnya perkara itu tidak berlaku dan saya tidak tahu langsung.

€œSaya tak pernah nafikan kami berkawan, cuma fasa perhubungan saya dengan Shahir, biarlah kami saja yang tahu," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Erra turut menafikan dakwaan mengatakan kehilangan Shahir dari industri hiburan adalah kerana dirinya.

"Saya tak pernah mencampuri urusan peribadi atau kerjayanya. Mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa bertindak sedemikian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 6:20 PM