ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan tangan kanak-kanak terbabit. FOTO ihsan bomba
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan nyaris putus tangan apabila tangan kanannya tersepit pads eskalator di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, kanak-kanak terbabit, Iman Sumaiyah Masri, 3, dikatakan ke pasar raya terbabit bersama ibu dan bapanya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II, Ashraf Abdullah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.02 malam sebuah jentera bersama 12 anggota termasuk seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba bomba mendapati terdapat seorang kanak-kanak dengan bahagian kanan tangan tersepit pada eskalator.

"Bagaimanapun tindakan pantas kakitangan pasar raya berkenaan yang mematikan suis sebaik menyedari kejadian berjaya mengelakkan mangsa mengalami kecederaan parah.

"Bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dan hanya melecet pada tapak tangan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta di Ayer Keroh untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 2:55 AM