Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: “Hubungan dengan keluarga mentua sangat akrab walaupun saya tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu,” kata Israa A M Ahmad, 26 yang berhijrah ke negara ini sejak tiga tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Faizal Mohd Safri, 35.

Israa yang berasal dari Kem Nuseirat, Gaza, Palestin mengakui agak sukar membiasakan diri pada mulanya kerana tidak mempunyai ahli keluarga atau teman rapat dari Palestin di Malaysia.

Bagaimanapun, anak kelapan daripada 10 beradik itu berkata, suaminya banyak memberi bimbingan dan sokongan supaya terus tabah tinggal di negara ini walaupun berjauhan dengan keluarga.

“Ini tahun ketiga saya menetap di negara ini dan tidak pernah pulang ke tanah air (Palestin) sejak berhijrah ke sini termasuk ketika Aidilfitri.

“Meskipun rindu dengan keluarga di sana, saya bersyukur kerana mempunyai suami dan kini boleh membiasakan diri dengan adat dan budaya di negara ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 8:37 AM
MUHAMMAD Faizal dan Israa di Palestin selepas upacara pernikahan mereka.
MUHAMMAD Faizal dan Israa di Palestin selepas upacara pernikahan mereka.
Digital NSTP Subscribe