Skip this ad x
Macan GTS. FOTO Lizam Ridzuan
BAYER (kiri) melancarkan model terkini Porsche 911. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd (SDAP) pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia melancarkan generasi ketujuh model 911 dan Macan GTS, hari ini.

Untuk 911, tiga varian ditawarkan iaitu 911 Carrera, 911 Carrera S dan 911 Carrera 4S.

Ketiga-tiga varian ini diinspirasikan daripada teknologi perlumbaan dengan enjin 3.0 liter twin-turbo yang memberi kuasa 370 hp dan 420 hp serta tork 450 Nm dan 500 Nm.

Manakala SUV kompak Macan GTS dilengkapi enjin 3.0 liter V6 bi-turbo menghasilkan kuasa 360 hp dengan tork 500 Nm.

Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer berkata, model 911 adalah kereta sports paling tinggi jualan di dunia dengan teknologi dan pengalaman lebih empat dekad Porsche dalam penghasilan enjin turbo manakala Macan GTS sesuai untuk kegunaan harian dengan ciri pemanduan dinamik.

Harga asas untuk 911 baru ialah RM870,000 (911 Carrera), RM970,000 (911 Carrera S) dan RM1,040,000 (911 Carrera 4S) dan RM710,000 (Macan GTS) dengan empat tahun waranti serta pakej penyelenggaraan percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 1:05 PM