PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun ketika ditemui pemberita berhubung kes penculikan terbaru yang dilaporkan oleh media Filipina. FOTO Mohd Adam Arinin
Norasikin Daineh


Tawau: Sehingga kini polis belum menerima sebarang pengesahan berkaitan dakwaan media Filipina mengenai empat warga Malaysia diculik di perairan Sitangkai Tawi-Tawi, Filipina, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pihaknya setakat ini tidak mendapat sebarang pengesahan mengenai hal itu dan ia hanya dari laporan akhbar sahaja.

"Kita sedang berhubung dan sampai sekarang belum ada pengesahan," katanya ketika diminta mengulas perkembangan mengenai dakwaan itu. 

Dalam laporan beberapa portal media Filipina, Ketua Polis Tawi-Tawi, Jeselito Salido berkata empat rakyat Malaysia diculik sekumpulan yang individu yang tidak dikenali dan dibawa ke perairan Sitangkai, Tawi-Tawi sebelum dihantar ke Sulu.

Menurut laporan juga, pihak Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 1:24 PM