WARGA emas meninggal dunia ketika solat tarawih di Masjid Mukim Kutan, malam tadi. FOTO ihsan pembaca
Siti Rohana Idris


Tumpat: Solat Tarawih di Masjid Mukim Kutan di sini gempar apabila lelaki warga emas rebah sebelum meninggal dunia, malam tadi.

Dalam kejadian 9.15 malam itu, mangsa, Che [email protected] Che Sop, 69, yang juga bilal gantian di masjid terbabit rebah ketika rakaat keempat solat Tarawih dipercayai akibat penyakit asma.

Setiausaha Masjid Kutan Che Adnan Che Hassan yang juga saksi kejadian berkata, mangsa yang berada di saf keempat secara tiba-tiba rebah ke belakang.

"Saya yang berada di saf belakangnya sangat terkejut melihat mangsa rebah dan kepalanya terkena lutut saya.

"Dalam keadaan panik, saya terpaksa menghentikan solat tarawih dan cuba membantunya yang sudah tidak sedarkan diri," katanya yang sempat mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah.

Che Adnan berkata, kejadian itu dilaporkan kepada polis yang kebetulan bertugas di masjid berkenaan dan mangsa disahkan meninggal dunia di masjid oleh pegawai perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 1:49 PM