Serpihan pesawat yang ditemui Blaine Gibson di pantai Madagascar bulan lalu, disahakan hampir pasti milik MH370.
Beg tangan wanita yang kulitnya sudah pecah serta sandal antara barangan yang ditemui Blaine Gibson sepanjang beliau berada di Madagascar
Beg Angry Bird dan beg komputer riba antara barangan yang ditemui Blaine Gibson di pantai Madagascar yang mungkin milik penumpang MH370.
Daily Mail

London: Beg Angry Bird milik kanak-kanak, beg komputer riba dan beg tangan wanita antara barangan dipercayai milik penumpang pesawat MH370 ditemui di panyai Madagascar oleh peguam dari Amerika Syarikat, Blaine Gibson.

Gibson, 56, dari Seattle, yang berusaha mencari petunjuk mengenai pesawat itu berkata, tidak dapat dipastikan kemungkinan barangan yang ditemui itu milik penumpang MH370 yang hilang dua tahun lalu, kecuali ia ditemui sepanjang 18 kilometer pantai yang sama dengan serpihan pesawat ditemui sebelum ini.

Beliau menyerahkan gambar barangan terbabit yang ditemuinya sepanjang berada di Madagascar kepada kumpulan kempen Air Crash Support Australia dengan harapan rakan atau ahli keluarga mangsa dapat mengenal pasti barangan itu.

Mac lalu, Gibson menemui serpihan pesawat di beting pasir pantai Mozambique dan setakat ini pihak berkuasa yakin ia serpihan pesawat Boeing 777 MH370

Pesawat MH370 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing in March 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal apabila ia hilang dan dipercayai terhempas dalam Lautan Hindi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2016 @ 9:03 PM