KENDERAAN dinaiki Bill Kayong.
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong yang ditembak mati di Miri, Sarawak, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan itu diketuai KetuaJabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar M M Sree Shunmugam.

"Kita juga akan menghantar pegawai dari JSJ Bukit Aman bagi membantu pasukan itu dan setakat ini, punca masih dalam siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas Majlis menandatangani nota kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Integriti Malysia (IIM) dan Arkib Negara serta pelancaran buku Kod Etika PDRM, Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dan Manual Pematuhan Standard PDRM di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, mangsa ditembak dari jarak dekat menembusi cermin kanan kenderaan di sebelah pemandu.

Berita berkaitan:

Setiausaha PKR Miri mati ditembak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 5:09 PM