MARIGOLD

SEMPENA Ramadan ini, SUSU SEJAT MARIGOLD memperkenalkan koleksi resipi baru untuk dihidangkan ketika berbuka puasa seperti resipi Ayam Masak Lemak Kunyit dengan Nangka Muda ini.

Masa Penyediaan: 25 minit

Masa Memasak: 20 minit

Hidangan: 3-4

Bahan-bahan untuk pes (dikisar):

• 3 biji bawang kecil

• 20g bawang putih

• 2sm kunyit segar

• 30g udang kering

• 40ml minyak masak

Bahan-bahan:

• 2 liter air

• Garam secukup rasa

• 300g nangka muda, dipotong dadu

• 1 biji cili padi

• 5 biji cili merah, dibuang biji

• 40ml minyak masak

• 1-3 biji cili padi

• 200g dada/paha ayam, digaul dengan sedikit garam, serbuk lada dan 1 sudu teh tepung jagung

• 1 liter pati ayam

• 1 cawan air

• 2 batang serai

• 1 helai daun limau purut

• 150g kacang panjang

• 150ml Krimer Sejat MARIGOLD

Rangkaian SUSU SEJAT MARIGOLD terdiri daripada SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD, KRIMER SEJAT MARIGOLD dan SUSU SEJAT PENUH KRIM MARIGOLD. Diperkaya dengan Vitamin A & D, rangkaian produk ini boleh digunakan untuk menambah nikmat yang berkrim untuk makanan dan minuman kegemaran anda.

Cara penyediaan:

1. Rebus nangka dalam 2 liter air dan garam, sehingga empuk. Keluarkan nangka dan ketepikan.

2. Tumis pes, cili padi and cili merah dengan minyak sehingga naik bau. Tambah cili padi jika perlu.

3. Kemudian masukkan nangka rebus, ayam dan pati ayam. Tambahkan air jika perlu.

4. Masukkan serai, daun limau purut, kacang panjang dan masak selama 10 minit.

5. Kemudian masukkan Krimer Sejat MARIGOLD dan kacau sehingga mendidih selama 10 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 7:38 AM