Keadaan mangsa yang ditetak empat lelaki. FOTO ihsan pembaca
Azma Razana Johari


Nibong Tebal: Lelaki, 43, parah ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran di Jalan Ooi Kar Seng, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.07 malam itu mangsa yang bekerja sebagai penternak ikan di kolam ikan di Sungai Udang dikatakan diserang empat lelaki bersenjatakan parang sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, mangsa parah dengan tangan dan kaki kiri hampir putus.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap dengan menaiki ambulans.

"Mangsa masih belum sedarkan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 3:20 PM