Muhammad Azahari maut dalam kemalangan di Kilometer 34.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Siti Nadzirah Che Mud


Machang: Remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar belakang lori muatan tayar dalam kemalangan di Kilometer 34.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, hari ini.

Kemalangan jam 4 petang itu, mangsa, Muhammad Azahari Ibrahim dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, mangsa belajar di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Krai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian di simpang tiga, motosikal mangsa dipercayai terlanggar sebuah lori yang sedang masuk ke jalan Kampung Joh.

"Kesan pelanggaran itu menyebabkan tayar simpanan lori jatuh ke atas jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa parah di badan dan maut di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, polis sedang mengesan pemandu lori yang melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 8:54 PM