CHIN (tiga dari kiri) pada pelancaran Kempen Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu.
CHIN (tiga dari kiri) pada pelancaran Kempen Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: AmBank (M) Berhad, menyasarkan peningkatan jumlah deposit sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh enam bulan menerusi Kempen Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank.

Pemangku Ketua Perbankan Runcitnya, Anthony Chin berkata, setakat ini menerusi kempen yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2016 itu pihaknya menerima deposit sebanyak RM500 juta.

Katanya, setiap bulan AmBank menerima 15,000 pembukaan akaun deposit baharu dan percaya jumlah itu akan terus bertambah melalui kempen yang dilancarkan.

“Pemegang akaun semasa, simpanan bank dan pemegang kad kredit AmBank layak untuk menyertai kempen ini dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

“AmBank memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menyediakan hadiah dan promosi sepanjang kempen ini,” katanya selepas majlis pelancaran, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir.

Sulaiman berkata, bagi menyertai peraduan ini dan menang, pelanggan hanya perlu mendeposit dan mengekalkan sekurang-kurangnya RM1,000 ke akaun simpanan dan semasa AmBank atau dengan deposit tetap minimum sebanyak RM10,000.

Menurutnya, bagi pelanggan kad kredit pula, mereka hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM80 dalam satu resit dan mengenal pasti nombor lapan dalam enam angka kod kelulusan pada slip jualan kad kredit mereka.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi tiga hadiah utama iaitu Toyota Vellfire 2016, 200 unit Samsung Galaxy S7 edge serta wang tunai RM10,000 setiap bulan.

Kempen Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank akan berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2016 bagi pelanggan deposit, manakala kempen kad kredit berakhir pada 30 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 7:10 AM